Hack password facebook,Hack Twitter

วันศุกร์ที่ 23 มกราคม พ.ศ. 2558

Putrajaya iktiraf sukan elektronik

Putrajaya setuju tubuh e-Sukan Malaysia


Kerajaan secara rasminya mengiktiraf sukan elektronik dengan menyatakan sokongan penuh dengan menerima permohonan untuk menubuhkan sebuah badan bagi mentadbir pertandingannya.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia menerima permohonan untuk menubuhkan badan Sukan Elektronik Malaysia (eSM) bulan lalu dan badan itu secara rasminya akan dibuka kepada orang ramai Rabu depan.

Menurut Facebook eSM, badan baru itu mensasarkan untuk menerajui dan membangunkan industri e-sukan di Malaysia.

Ketika dihubungi, setiausaha agung eSM Rinie Ramli masih menutup mulut berhubung maklumat lanjut berkaitan tetapi berjanji akan mendedahkan semuanya semasa pelancaran.

Walaupun dunia sukan elektronik Malaysia tidak mendapat publisiti meluas sebelum ini, ramai pemain di Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dalam pelbagai pertandingan antarabangsa.

Ini termasuk Wong Hock Chuan dan Chai Yee Fung, yang menurut esportsearnings.com, masing-masing memperoleh AS$432,822.74 (RM1.5 juta) dan AS$332,341.43 (RM1.2 juga) melalui pertandingan disertainya.

Hadiah terbesar RM39 juta

Dalam tahun-tahun terakhir ini, jumlah hadiah ditawarkan semakin banyak ekoran perkembangan pesat selepas yang menarik pengiklan dan penaja.

Setakat ini, hadiah terkumpul terbesar sebanyak AS$10.9 juga (RM39 juta), hampir lima kali ganda daripada hadiah Le Tour De France dan 20 kali ganda daripada hadiah pertandingan badminton All England 2014.

Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara yang secara rasminya membentuk badan pentadbir sukan elektronik, walaupun industri itu kini berkembang pesat di rantau ini.

Badan hampir sama wujud di Korea Selatan (Persatuan Sukan Elektronik Korea) dan China (Persatuan Sukan Elektronik China), yang mana bakat dalam bidang itu dilayan seperti selebriti.

Sekarang, dengan kurangnya pertandingan besar, kemudahan dan sokongan daripada sektor perniagaan Malaysia, menyebabkan ramai rakyat Malaysia menyertai pasukan negara asing, termasuk Wong dan Chai, yang kini bertanding untuk pasukan di China.

Difahamkan juga, dengan rasminya sukan elektronik didaftarkan bawah pejabat Suruhanjaya Sukan akan memudahkan pemain-pemain mendapat visa untuk ke luar negara.

[Baca berita asal]

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น